- Kajian ini menjurus kepada faktor kemajuan pelabuhan Singapura berbanding Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Antara faktor yang boleh pihak berwajib lakukan untuk mengembalikan kemajuan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas seperti perlabuhan di Melaka adalah seperti berikut.
- Antaranya ialah kemudahan pelabuhan. Seperti perlabuhan di Melaka turut menyimbang faktor kegemilangannya dengan adanya kemudahan pelabuhan. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintahan di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan gudang untuk menyimpankan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Shah Bandar seperti kapal, perahu, jong, lancana, gajah dan pekerja untuk kemudahan para perdagangan untuk membawa ke gudang.perkara tersebut dapat mencontohi oleh pelabuhan-pelabuhan lain untuk kemajuan pelabuhan tersebut.
- Seterusnya, keberkesanan undang-undang, kita perlu membuat undang-undang supaya tidak berlakunya jenayah atau perkara yang diingini berlaku. Selain itu, dapat juga melincinkan urusan aktiviti perdagangan. Secara tidak langsung ingin memudahkan urusan perkhidmatan jualan. Dengan ini, kita memerlukan cukai perdagangan supaya dapat menaikkan taraf pada perlabuhan tersebut.
- Seterusnya, pengunaan sistem mata wang boleh membuatkan perlabuhan tersebut menjadi tarikan pedagangan asing kerana urusan niaga dijalankan sistem tukang barang dan penguasaan mata wang seperti Zaman Melaka, wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan perdagangan asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains. Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Mata wang ini dibawa dari Pedir, Pasai, Kembayat dan Gujerat. Perlabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan enterpot. Pelabuhan enterpot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan melayu dan pusat pengedaran barangan dari timur dan barat ke kepulauan melayu.
- Hubungan diplomatik dengan negara serantau menyebabkan pelabuhan tersebut boleh menjadi terkenal sekaligus dapat mempertahankan nama baik tersebut. Contohnya, pada zaman Melaka, Melaka pernah menjalinkan hubungan antarabangsa dengan China semasa pemerintahan maharaja Long Lo(Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pegaruh China ke luar negeri. Melaka juga menjalinkan hubungan diplomatic dengan siam untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan siam demi kepentingan ekonomi.
- Kesimpulanya, kita perlu mempelajari bagaimana untuk memajukan pelabuhan tersebut daripada sejarah Melaka. Dengan ini, barulah kita dapat memajukan perlabuhan tersebut.