Wednesday, 30 September 2015

JAWAPAN Kepada Objektif Kajian



  • Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459-1477) menaiki tahta. Disebabkan kedudukannya yang strategik. Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah jugamenghantar Tuan Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

  • Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kaum kelompok peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur diantara pendatang cina dengan penduduk tempatan. Kaum peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

  • Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumentera. Persaingan untuk Melaka adalah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit setelahnya tumbang setelah banyak kawasan jajahan telah dikuasai oleh Melaka pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangantersebut telah gagal

No comments:

Post a Comment