Wednesday, 30 September 2015

Sinopsis

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara seorang putera Srivajaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun1400 sehingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409(1) apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Shah II menubuhkan Kesultana Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Pemerintahan itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di kepulauan melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan fungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Faktor-faktor yang menyimbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana perlabuhannya terlindung daripada sebuah negeri yang maju adalah kerana perlabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang cina yang menetap di Melaka berdekatan dengan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.

No comments:

Post a Comment