Wednesday, 30 September 2015

Pengenalan


Zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah antara institusi Kesultanan Melayu yang terawal di Tanah Melayu. Kewujudan Kesultanan Melayu Melaka ini menandakan bermulanya satu system politik melayu yang dikenali sebagai kerajaan.

Melaka merupakan sebuah perkembangan nelayan yang terkecil dan tempat persembunyian lanun serta penduduknya terdiri daripada Orang Laut dan Orang Selat. Melaka telah diasaskan oleh Parameswara(1400) yang berasal dari Palembang, Sumatera. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan yang terkemuka di kepulauan Melayu.

Ramai pedagang asing berdagang di Melaka kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat penginapan, gudang, system sukatan dan timbangan seperti kemudahan membaiki kapal telah menggalakkan kedatangan pedagang ke Melaka. Selain itu, pengurusan perdagangan yang cekap juga minat pedagangan asing untuk datang berdagang.

No comments:

Post a Comment